Monday 16 March 2015

KEJOHANAN BOLA BALING BWH 12 TAHUN MSSD KLUANG 2015


Pada 14 dan 15 Februari 2015 telah berlangsung Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun MSSD Kluang. Pasukan Bola Baling SK. Kg. Dato' Ibrahim Majid telah menghantar pasukan perempuan bagi menyertai pertandingan tersebut. Pasukan bola baling perempuan SKKDIM telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan tersebut dengan mengalahkan SK. Seri Sedohok dengan jaringan 3-0.




             Dalam peringkat suku akhir, SKKDIM telah mengalahkan SK. Bandar T6 dengan jaringan 3-1 manakala di peringkat separuh akhir SKKDIM telah berjaya mengalahkan SK. Kahang dengan jaringan 4-1. Nur Syahadah Bt. Abd Aziz telah menjadi penjaring terbanyak SKKDIM dengan 14 gol diikuti dengan Nur Afeeda Bt. Mohd Hairudin dengan 8 gol.

             Seramai 3 orang pemain bola baling SKKDIM telah terpilih mewakili daerah Kluang dalam Kejohanan Bola Baling MSSJ pada tahun ini iaitu Nur Syahadah Bt. Abd Aziz, Nur Afeeda Bt. Mohd Hairudin, Siti Nor Aisyah Bt. Azmi. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih kelab bola baling di atas kemenangan yang telah dicapai.





No comments: